Photobucket

Thursday, January 13, 2011

Tumbuhan Beracun

Tumbuhan Yang Beracun ialah :

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)

Castor Bean (Ricinus communis)

Chinaberry Tree (Melia azedarach)

Dumbcane (Dieffenbacia picta)

Fox Glove (Digitalis purpurea)

Tree Tobacco (Nicotiana glauca)

Poison Ivy (Toxicodendron species)

Water Hemlock (Cicuta douglasii)

Paracelsus (1493 - 1541)

Seringkali juga kita terbaca di akhbar-akhbar tentang berita orang termakan tumbuhan beracun. Sungguhpun tumbuhan tersebut biasa ditemui dan di tanam disekitar rumah tetapi ianya menjadi beracun kerana tidak dibersih atau dimasak dengan betul. Definisi yang telah diberi oleh Paracelsus tidak memerlukan pengiktirafan namun ianya diterima sehingga ke hari ini. Kenyataan tersebut juga tidak dinafikan oleh ahli-ahli botani semasa mereka membicarakan tentang tumbuhan beracun. Sebenarnya apa yang dikatakan beracun itu adalah sesuatu yang relatif. Kadangkala racun boleh menjadi penawar. Ianya bergantung bagaimana ianya disesuaikan dan diolah. Dalam sains moden racun dijelaskan sebagai satu bahan kimia (toxic) apabila terkena atau termakan oleh manusia atau haiwan akan mengakibatkan sakit atau kematian. Namun begitu tahap keracunan yang terdapat pada tumbuhan misalnya adakala ia hanya mudarat kepada manusia tetapi tidak pada haiwan atau kedua-duanya sekali. Seperti tumbuhan Taxus baccata L. (Common or English Yew) yang mempunyai biji beracun dan boleh menyebabkan kematian kepada manusia jika dimakan tetapi ianya merupakan makanan kegemaran burung (Stary, 1983).

Bagi masyarakat primitif, tumbuhan selain digunakan sebagai makanan ianya juga diguna sebagai bahan ubatan. Mereka membuat penelitian melalui binatang. Jika binatang yang memakan tumbuhan tersebut tidak sakit atau mati mereka menganggap tumbuhan tersebut selamat untuk dimakan. Dalam pengubatan pula cara yang selalu digunakan oleh mereka ialah secara "trial and error". Jika tumbuhan yang digunakan sebagai bahan ubatan itu boleh menyembuhkan sesuatu penyakit ianya akan dijadikan amalan mereka dan akan disampaikan kepada generasi yang berikutnya. Begitu juga sebaliknya.

Apakah tumbuhan beracun?

Terdapat lebih dari 300,000 spesis tumbuhan yang terdapat dimuka bumi ini. Dari rekod yang diperolehi lebih dari 700 spesis tersebut telah dikenal pasti beracun. Sebenarnya banyak tumbuhan yang belum dapat dikenalpasti sama ada ia beracun atau tidak (Kingsley , 1967).

Secara umumnya kesan tumbuhan beracun terhadap kehidupan bolehlah meliputi dua aspek.

1. Menyebabkan sakit sahaja seperti muntah, gatal, sakit perut dan sebagainya.

2. Menyebabkan kematian.


Beberapa cara untuk mengelak tumbuhan beracun

Ketahui jenis-jenis tumbuhan beracun yang terdapat di sekitar rumah atau kawasan. Kenali tumbuhan tersebut melalui nama dan rupa bentuknya.

Jangan makan tumbuh-tumbuhan liar termasuk dari jenis cendawan yang masih belum dikenalpasti.

Jauhkan tumbuhan yang dikenali sebagai beracun dari kanak-kanak.

Ajar anak-anak supaya tidak bermain dengan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun.

Ketahui jenis tumbuhan sebelum memakan buah atau daunnya.

Membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan toksid kerana toksid hanya akan larut dalam air.

Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun

Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.

Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.

Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.

Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan sebagainya.

Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah bagi mengeluarkan racun.

Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan mangsa.

Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital.

Rawatan awal adalah penting bagi menyelamatkan mangsa. Punca sebenar hendaklah dikenalpasti bagi mendapatkan penawar yang sesuai. Jika keterangan yang diberikan tidak tepat kemungkinan mangsa akan mengalami sakit yang lebih serius yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian. Ada racun yang bertindakbalas dengan pantas dan ada yang sebaliknya terhadap tubuh manusia. Ini bergantung kepada kadar toksid yang terdapat pada tumbuhan tersebut.

Beberapa jenis tumbuhan beracun

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai banyak duri atau, apabila ditoreh mempunyai banyak susu getah, bercabang dan mempunyai jalur putih di bahagian tengah pada setiap batang .

Bahagian beracun:

Daun, batang dan getah susu.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan menyebabkan kerangsangan, sakit perut, muntah, cirit-birit, rasa terbakar pada mulut, tekak dan lidah.

Castor Bean (Ricinus communis)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan berdaun lebar berbintik hitam,coklat dan putih berkilat. Buahnya berduri.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian terutama pada bijinya.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.

Chinaberry Tree (Melia azedarach)

Keterangan tentang pokok:

Setiap dahannya mempunyai lembar daun, mempunyai batang yang besar dan bunganya yang berkedut berwarna ungu dan kuning dalam beberapa jambak.

Bahagian beracun:

Kulit kayu, buah, bunga dan daun.

Kesan keracunan:

Memberi kesan pada perut seperti muntah dan cirit-birit. Susah bernafas dan pernafasan tidak teratur.

Dumbcane (Dieffenbachia picta)

Keterangan tentang pokok:

Ketinggian boleh mencapai sehingga 2 meter. Berdaun lebar dan mempunyai bintik-bintik putih.

Bahagian beracun:

Semua bahagian terutama pada batang dan tangkai.

Kesan keracunan:

Akan mengakibatkan bengkak yang mempunyai lendir pada bahagian mulut dan tekak, rasa loya, muntah, cirit-birit dan boleh hilang suara.

Fox Glove (Digitalis purpurea)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai bunga yang berwarna ungu atau merah jambu berbentuk seperti loceng.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian

Kesan keracunan:

Akan menyebabkan rasa loya, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen dan kejang.

Tree Tobacco (Nicotiana glauca)

Keterangan tentang pokok:

Pokok yang rendah, berdaun tebal dan bergetah. Bunganya berbentuk tiub berwarna kuning dan tumbuh berjambak pada hujung dahan.

Bahagian beracun:

Semua bahagian

Kesan keracunan:

Menyebabkan rasa terbakar pada mulut dan usus, cirit-birit, muntah, sakit perut, rasa seram sejuk, rasa mengantuk, pening, sawan dan lumpuh.

Poison Ivy (Toxicodendron species)

Keterangan tentang pokok:

Jenis pokok yang kecil berdaun bujur. Bunganya kehijau-hijauan tumbuh sekelompok pada pangkal daun. Buahnya berwarna putih.

Bahagian beracun:

Daun, batang, tangkai, debunga, bunga dan buah.

Kesan keracunan:

Menyebabkan rasa gatal, terbakar kemerahan dan sakit kulit.

Water Hemlock (Cicuta douglasii)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai batang yang berlubang di bahagian dalamnya. Berbunga kecil berwarna putih tumbuh dalam satu kelompok. Buahnya kering seperti kapsul.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian terutama pada akarnya.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan mengakibatkan mulut berbuih, sakit perut, muntah, cirit-birit dan lumpuh.

Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan tumbuhan yang ada mempunyai racun. Namun begitu tumbuhan tersebut sungguh pun beracun tetapi ada yang boleh dijadikan ubat jika diproses dengan cara yang betul. Contohnya pokok Fox Glove (Digitalis purpurea) boleh dijadikan ubat untuk sakit jantung, lelah dan glaucoma. Kini banyak kajian telah dibuat oleh ahli-ahli sains mengenai tumbuh-tumbuhan untuk mencari penawar bagi beberapa jenis penyakit kronik seperti barah dan AIDS. Mungkin satu hari nanti penawar bagi penyakit tersebut diperolehi dari tumbuhan yang ada di halaman rumah kita. Siapa tahu?


Monday, December 20, 2010

Kegunaan flora



Rumput terkadang dianggap sebagai gulma, yaitu tumbuhan pengganggu tanaman bila berada di sekitar tanaman utama atau tanaman yang sengaja ditanam. Meski begitu, rumput juga bisa dijadikan sebagai penghias taman di depan rumah. Rumput juga digunakan di lapangan-lapangan olahraga, seperti sepak bola, kriket, dan sebagainya.

Selain itu, ternyata rumput punya banyak kegunaannya, lho. Rumput yang kamu tanam di halaman rumah bisa membuat halaman rumah menjadi terasa lebih hijau dan segar. Tak hanya membuat rumah terasa hijau dan segar. Ternyata rumput juga memegang peranan penting dan banyak fungsinya lho.

Di antaranya adalah sebagai pelindung tanaman dan penahan air. Jadi, tak hanya pohon saja yang dapat menahan air, rumput juga dapat menutupi tanah dan mencegah pengikisan tanah di saat hujan. Pada saat hujan, air akan diserap ke tanah dibantu oleh rumput. Dengan begitu, air hujan tidak langsung mengalir ke selokan, tetapi ditahan dulu oleh rumput. Di samping itu, rumput juga bisa memperbaiki kesuburan tanah sehingga kita pun turut menjaga lingkungan. Bagi hewan pemakan tumbuhan, rumput juga menjadi salah satu pakan yang biasa dimakan.

Rumput untuk Kesehatan

Selain untuk menjaga lingkungan dan pakan ternak, ternyata rumput juga digunakan bagi kesehatan manusia. Rumput yang digunakan adalah jenis rumput teki (Cyperus rotundus). Menurut salah satu peneliti tanaman obat, bagian rumput teki yang biasa digunakan adalah umbinya. Umbinya ini mengandung alkaloid, flavonoid, sineol, pinen, siperon, rotunal, siperenon, dan siperol.

Rumput teki adalah rumput yang tumbuh liar di tempat terbuka. Tumbuhan ini hidup pada ketinggian 2—3.000 meter (m) di atas permukaan laut. Rumput ini memiliki tinggi 10—95 sentimeter (cm). Batang rumputnya berbentuk segitiga dan tajam. Daunnya berjumlah 4—10 helai pada pangkal batang. Permukaan atas berwarna hijau mengilat dengan panjang daun 10—30 cm dan lebar 3—6 cm.

Meski tumbuh sebagai gulma, rumput jenis ini memiliki manfaat yang besar. Rumput ini bisa dijadikan obat alami dan telah digunakan dalam pengobatan tradisional di China. Sementara dalam pengobatan tradisional di India, rumput teki juga dipakai untuk mengatasi demam dan gangguan saluran pencernaan. Untuk pemakaian luar, rumput teki juga bisa dimanfaatkan untuk mengatasi kulit biru akibat terbentur dan radang kuku. Wah, ternyata rumput tak hanya berguna sebagai penghias taman di halaman rumah atau di lapangan sepak bola. Rumput pun berguna untuk kesehatan.


Bunga Mawar ini dapat mengubati sakit bengkak
pada mata dan dapat mengubati
luka.

Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan tumbuhan yang banyak terdapat diASEAN. Terdapat bahagian pokok buluh yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Rebung buluh sering diambil dan di peram / jeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh sedap.

Buluh merupakan sejenis tumbuhan jenis rumput, juga dikenali sebagai aur, atau bambu.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis buluh, antaranya adalah:-

  1. buluh akar
  2. buluh batu/tumpat
  3. buluh betung
  4. buluh cina
  5. buluh duri
  6. buluh gading
  7. buluh kasap
  8. buluh minyak/padang
  9. buluh peleting
  10. buluh perindu
  11. buluh sembilang
  12. Buluh lemang


Di Indonesia, semasa penjajahan Belanda, pemuda-pemuda Indonesia meruncingkan buluh untuk dijadikan senjata.



Bunga melati selain harum bunganya, juga dapat digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan
panau.caranya cukup mudah, gosokkan bunga melati pada bahagian kulit yang berpanau sampai
bunga berwarna kehitam-hitaman, lakukanlah setelah mandi.




Kebaikan Flora

Jika kita menjaganya dengan baik
dan ikhlas,
Kita pastinya dapat balasan yang cukup
hebat.
Jika menjaga pokok/bunga hingga besar,
ianya akan
memberi kita bunganya/buahnya
Jika kita hanya ada pokok biasa,
Janganlah membiarkannya
kerana
ianya tidak dapat memberi apa-apa
untuk kita!
Tetapi,
ianya akan menghijaukan hidup kita
dengan daunnya!
Pokok biasa ada daun yang unik!
Jika kita menanam apa-apa
FLORA,
ianya akan mencantikkan hidup kita terutamanya
sekali rumah atau halaman rumah kita :)

Flora yang cantik

Bunga yang amat indah sekali
Jika kita menjaga nya dengan baik,
Ia akan membalas budi kita.
Dia akan berikan hasilnya pada kita
Jangan biarkan pokok menjadi teruk
begini!
Kita tidak akan dimaafkan Tuhan
sekiranya menjadi begini!
Jika sudah terlambat,kamu tidak menyiramnya,
ia sudah mati dan layu :(
Inilah pokok yang buruk,tetapi akhirnya
menjadi cantik!
Jika kita mempunyai pokok,jagalah dia dengan
keikhlasan hati dan jiwa
akhirnya ia akan membalas kebaikan kita dengan
memberi kita buahnya
Janganlah sia-siakan nya
Bunga adalah flora yang amat berseri
Bunga mulanya hanya daun sahaja,tetapi
selepas itu,
ianya membuahkan bunga yang cantik
Bunga adalah flora yang begitu cantik